2015年10月20日星期二


PANDUAN MENJAWAB SOALAN SPESIFIK      

Soalan 1 : Pengenalan [5 markah]
(a) Jelaskan maksud dan latar belakang nasionalisme

  Nasionalisme bermaksud perasaan cinta akan bangsa dan negara. Perasaan i ni akan mencetuskan gerakan untuk membebaskan tanah air daripada penjajahan. Contohnya pen jajahan British di Tanah Melayu.

  Gerakan nasionalisme merupakan usaha masyarakat tempatan menentang apa sahaja bentuk penjajahan oleh kuasa luar. Penentangan di dorong oleh hasrat membebaskan negara daripada kuasa penjajah. Di Malaysia penentangan terhadap British dilakukan oleh pemimpin dan rakyat tempatan sejak abad ke-19

  Gerakan ini bertujuan untuk menjaga kepentingan mereka daripada oleh penjajah. Contohnya sejak abad ke-19, penentangan telah dilakukan oleh beberapa pemimpin tempatan seperti Dol Said, Dato' Maharajalela,Rentap dan Mat Salleh. Gerakan nasionalisme secara menyeluruh telah bermula pada awal abad ke-20.

Soalan 2: Memahami [15 markah]
Soalan 2a: Sebab-sebab/faktor-faktor penentangan
(i) Huraikan sebab-sebab penentangan pemimpin tempatan terhadap British di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak pada abad ke-19

  Antara sebab penentangan masyarakat tempatan terhadap British di Tanah Melayu ialah dasar penaklukan British. Penentangan terhadap British oleh masyarakat tempatan adalah disebabkan oleh dasar penaklukan British di daerah mereka seperti di Naning, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah. Dasar penaklukan British terhadap Negeri-Negeri Melayu bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan kuasa politiknya Melalui dasar ini, Penguatkuasaan politik British menjadi luas dan kawasan itu akan terikat dengan perintah dan peraturannya. Contohnya, Penentangan Dol Said terhadap British kerana mengambil alih Melaka daripada Belanda. Ini kerana Naning dipaksa menjadi jajahan takluk British dan membayar ufti.

  Selain itu, eksploitasi terhadap ekonomi tempatan menjadi sebab penentangan masyarakat tempatan terhadap British di Tanah Melayu. Penentangan terhadap British berlaku kerana British ingin menguasai ekonomi tempatan bagi kepentingannya. Penguasaan ekonomi dilakukan melalui perjanjian yang dimeterai oleh British dengan pemimpin tempatan. Menerusi perjanjian ini, saudagar dari Negeri-Negeri Selat dibenarkan menjalankan aktiviti perlombongan dan perdagangan bijih timah. Ini menimbulkan kemarahan penduduk tempatan terhadap British.

  Seterusnya, perlakasanaan pentadbiran Barat terhadap masyarakat tempatan. British memperkenalkan sistem cukai, undang-undang, dan peraturan-peraturan tanah untuk mendapatkan hasil yang maksimum. Peraturan British juga bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat tempatan. Contohnya, tanah boleh dibuka mengikut keperluan mereka dan tidak perlu membayar cukai. British telah memaksa sistem pentadbiran Barat kepada penduduk tempatan. Sebagai contoh, di Terengganu, penentangan berlaku kerana British menetapkan bahawa setiap tanah yang hendak dibuka oleh penduduk tempatan mesti mendapat kebenaran British dan tanah dikenakan cukai.

  Campur tangan British dalam adat resam tempatan turut membawa kepada penentangan penduduk tempatan. British telah memaksa penduduk tempatan menerima nilai-nilai British yang amat bertentangan dengan budaya iaaitu amalan menggunakan orang suruhan. Tindakan Birch telah ditentang oleh pemimpin dan masyarakat tempatan.

  Di samping itu, pembesar tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh. Ini kerana British telah mengambil kawasn pentadbiran mereka. Sebelum penjajahan, kebanyakan pemimpin tempatan telah dilantik oleh sultan untuk mentadbir kawasan tersebut. Perlantikan ini memberi kuasa untuk kepada mereka untuk menjaga hal ehwal daerahnya seperti soal pentadbiran, ekonomi dan sosial. Keadaan ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan pemimpin tempatan sehingga mendorong mereka menentang British.

  Akhir sekali, kesulitan penduduk tempatan. Penduduk tempatan tertekan dengan pelaksanaan undang-undang British yang menyulitkan kehidupan mereka. Mereka telah memberi sokongan kepada penentangan pemimpin tempatan. Kesetiaan kepada pembesar tempatan sebagai ketua turut mendorong penduduk tempatan memberikan kerjasama dalam menentang British.

Soalan 2b: Faktor-faktor pemangkin / kebangkitan / pencetus semangat nasionalisme
(i) Huraikan faktor-faktor pemangkin nasionalisme sehingga perang dunia kedua

    Faktor-faktor pemangkin kebangkitan semangat nasionalisme ialan tindakan Sir Andrew Clarke telah memperkenalkan sistem politik barat. Ini telah memusnahkan sistem politik tradisional tempatan. British telah meletakkan seorang residen yang mengambil alih pentabdiran negeri daripada pembesar tempatan. Para pembesar diberikan pencen dan tempat mereka digantikan oleh peawai British. Bagi orang tempatan perubahan ini mencabar sistem atau amalan tradisi mereka dan juga menjatuhkan maruah mereka. Hal ini membangkitkan kebencian penduduk tempatan terhadap British.

    Faktor pemangkin seterusnya ialah sistem pendidikan Inggeris dan vernakular Melayu yang diperkenalkan pada akhir abad ke-19, telah melahirkan golongan intelek melayu yang mampu berfikir tentang kemajuan bangsanya. Mereka menyedari perlunya sumbangan tenaga dan fikiran mereka untuk menyedarkan bangsa Melayu. Mereka telah mengguanakan idea baru untuk memajukan diri dan menolak penjajahan British.

  Selain itu, dasar British dalam mentadbir Tanah Melayu telah menggalakkan sesiapa sahaja yang datang untuk melabur, berniaga, berdagang, bekerja dan menetap di Tanah Melayu. Ramai orang asing telah datang ke Tanah Melayu dan menetap di sini. Kemasukan orang asing yang berterusan telah meningkatkan jumlah imigran dan menimbulkan persaingan kepada penduduk tempatan. Mereka menguasai ekonomi Tanah Melayu dalam bidang  perlombongan bijih timah, perladangan getah dan perniagaan. Orang Melayu mula kekal dengan pertanian padi yang tidak dimajukan oleh British.

  Seterusnya, British juga telah membuka bandar baru sebagai pusat pentadbirannya sedangkan orang Melayu tetap tinggal di kampung-kampung dengan segala kekurangan. Kemajuan ekonomi seperti perniagaan serta kewujudan prasarana contohnya elektrik, perkhidmatan por, telefon, sekolah, hospital dan lain-lain telah meningkatkan taraf hidup di bandar. Keadaan ini menjarakkan lagi jurang taraf hidup antara orang tempatan di luar bandar dengan imigran dan penduduk di bandar. Ternyata, dasar British telah memundurkan lagi taraf hidup orang Melayu. Hal ini disedari oleh golongan intelek melayu dan mereka menjadikannya isu gerakan nasionalisme Melayu.

  Faktor pendudukan Jepun juga menjadi pemangkin terhadap gerakan nasionalisme di Tanah Melayu. Pihak Jepun dengan konsep kawasan Kesemakmuran Asia telah menekankan kebebasan Negara-negara Asia untuk menentukan kemajuan masing-masing. Dengan konsep ini Jepun menggalakkan orang tempatan berkerjasama dengannya dan berjanji akan memerdekakan mereka. Bagaimanapun kesengsaraan hidup akibat kekurangan makanan dan ubat-ubatan serta kekejaman pentadbiran Jepun menyebabkan sebilangan besar penduduk Tanah Melayu membenci penjajahan sama ada oleh kuasa Barat atau Timur. Bagi mereka semua penjajah tetap zalim dan menekan kehidupan orang tempatan.

  Seterusnya, penguasaan Parti Komunis Malaya (PKM) selama 14 hari pada tahun 1945 juga telah membangkitkan semangat menentang penjajahan dan memulakan penyebaran ideologi komunis. Dalam tempoh itu, PKM telah menguasai balai-balai polis dan memerintah dengan kejam. Mereka membunuh dan menangkap sesiapa sahaja yang dianggap sebagai penyokong Jepun. Gerakan ini telah mencetuskan konflik perkauman. Banyak orang Melayu terbunuh dan rumah mereka dibakar oleh anggota PKM. Serangan mereka telah dibalas oleh orang Melayu di Perak, Johor, dan Pahang.

  Kemunculan mesin cetak telah memberikan kesan kepada penyebaran ilmu pengetahuan dan mendorong penentangan terhadap British. Perkara ini berlaku kerana melalui buku, akhbar, majalah, kitab agama dan lain-lain idea menentang penjajah itu dapat disebarkan.

  Faktor pemangkin seterusnya ialah Gerakan Pan Islamisme yang telah membangkitkan kesedaran semangat kebangsaan Tanah Melayu. Gerakan Pan Islamisme merupakan gerakan intelektual Islam seluruh dunia untuk membangkitkan pemahaman yang lebih progresif terhadap Islam untuk menentang penjajahan Barat ke atas Negara-negara Islam. Gerakan ini didokong oleh pelajar Islam dari selurug dunia. Gerakan reformis islam yang dimulakan oleh Syeikh Muhammad Abduh, pensyarah di Universiti Al-Azhar Mesir telah tersebar luas. Dalam tulisannya beliau telah memberikan kupakan bahawa islam ialah cara hidup yang menekankan kepentingan dunia dan akhirat, disamping mendorong umatnya menuju kejayaan. Tulisan Syeikh Muhammad Abduh ini disebarkan dalam majalah al-Manar. Selain itu gerakan Wahabi yang berlaku di Arab Saudi juga mendesak matlamat sama.

  Faktor yang terkhir ialah kesedaran politik serantau yang berlaku di sekitar Asia Tenggara, terutama di Indonesia turut mendorong kebangkitan nasionalisme di Tanah Melayu, Indonesia yang amat rapat dengan Tanah Melayu dari segi geografi dan buya telah mempengruhi gerakan nasionalisme di Tanah Melayu. Kesedaran ini telah melahirkan ramai golongan intelektual. COntohnya, Zaba yang banyak mengkritik dasar British

没有评论:

发表评论