2015年10月21日星期三

Soalan 5a: Mengaplikasi [10 markah]
(i) Bagaimanakah kita memanfaatkan perjuangan pemimpin tempatan pada abad ke 19 dalam memupuk semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Malaysia.

  Antara usaha bagi memanfaatkan perjuangan pemimnpin tempatan dalam memupuk semagat nasionalisme adalah menghayati perjuangan pemimpin tempatan yang sanggup berjuang untuk kedaulatan negara.

  Seterusnya, bagi memanfaatkan perjuangan pemimnpin tempatan dalam memupuk semagat nasionalisme dengan menghidupkan semula watak-watak mereka melalui filem dan drama agar menjadi tatatpan rakyat Malaysia hari ini.

  Kita juga boleh memanfaatkan perjuangan pemimpin tempatan melalui pameran yang menarik dan kreatif di muzium yang dilawati untuk menimbulkan kesedaran tentang kehebatan perjuangan pemimpin tempatan.

  Di samping itu, aktiviti penulisan seperti menulis esei bertemakan perjuangan pemimpin tempatan juga mampu memupuk semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Malaysia. Aktiviti ini sesuai dilakukan sempena sambutan bulan kemerdekaan yang perlu dibuka penyertaan untuk pelbagai lapisan masyarakat.

  Seterusnya, perjuangan pemimpin tempatan dimanfaatkan untuk memupuk semangat nasionalisme dengan memuatkan peristiwa berkenaan dalam silibus pembelajaran bagi murid sekolah rendah dan menengah agar dapat mencontohi keberanian dan kegigihan para pejuang lampau.

  Selain itu, kita dapat memupuk semangat nasionalisme dengan mengenali pejuang-pejuang terdahulu serta menghayati hasil perjuangan mereka dalam membebaskan negara daripada cengkaman penjajah. Setursnya menghargai jasa-jasa dan pengorbanan para pejuang bangsa terutamanya dalam kalangan generasi muda.

  Dalam pada itu juga, semangat nasionalisme ini dapat dipupuk dengan memelihara keamanan yang sudah sekian lama dikecapi untuk meneruskan legasi pembangunan negara secara berterusan. Kita uga wajar mencontohi sikap perjuangan pemimpin tempatan seperti berani dalam mempertahankan hak walaupun mereka tidak mempunyai senjata yang canggih. Malahan mereka juga tidak mudah putus asa kerana sentiasa berusaha untuk mempertahankan kedaulatan negara.

  Akhirnya, kita hendaklah sentiasa menyedari bahawa pembangunan yang dikecapi sehingga kini tidak akan tercapai tanpa pengorbanan dan perjuangan tokoh-tokoh terdahulu. Justeru melalui penghayatan ini kita dapat memupuk semangat cintakan negara.

(ii) Melalui semangat nasionalisme warga Malaysia mampu mempertahankan kedaulatan negara. Berikan alasan anda.

  Semangat nasionalisme yang ada pada warga Malaysia sememangnya mampu mempertahankan kedaulatan negara, ini kerana semangat nasionalisme akan mengukuhkan jati diri bangsa Malaysia seterusnya mendorong kepada semangat setia negara yang tinggi dan semangat sanggup berkorban untuk negara.

  Di samping itu, dapat melahirkan waga Malaysia yang tidak mudah terpengaruh dengan agenda anasir luar dan mengelakkan diri daripada perkara-perkara negatif seperti rasuah, penyalahgunaan dadah dan pemerdagangan orang.

  Selain itu, semangat nasionalisme bukan sahaja memupuk semangat sifat bekerjasama antara rakat Malaysia yang berbilang kaum dan bersama-sama menjaga maruah bangsa Malaysia yang berdaulat.

  Selanjutnya semangat nasionalisme akan mengekalkan perpaduan antara kaum. Perpaduan antara kaum akan dapat memastikan keamanan negara dan kemajuan yang dirancang akan tercapai.

  Selain itu, warga Malaysia yang memiliki semangat nasionalisme akan patuh kepada ajaran agama masing-masing. Masayarakat yang patuh kepada ajaran agama akan mematuhi undang-undang dan mudah diuruskan.

  Seterusnya warga Malaysia yang mempunyai semangat nasionalisme akan melengkapkan diri dengan segala ilmu pengetahuan yang berguna dan menguasai pelbagai kemahiran seperti ilumu komputer, sains dan teknologi Masyarakat berpengetahuan amat diperlukan untuk merealisasikan wawasan negara.

Soalan 5b: Mengaplikasi [10 markah]
(i) Berdasarkan perhatian anda, jelaskan keberkesanan yang boleh dicapai oleh negara melalui media massa untuk mengekalkan kedaulatan negara

  Media Massa merupakan medium berkesan dalam membantu negara mengekalkan kedaulatan negara. Buktinya, media messa dapat menyampaikan dasar-dasar kerajaan kepada umum dengan lebih cepat. Malahan maklumat berkaitan dengan dasar baru kerajaan dapat diperoleh dan di akses dengan lebih mudah sama ada melalui media sosial, internet mahupun melalui media penyiaran seperti berita dan hebahan umum.

  Di samping itu, media massa juga dapat menyampaikan maklumat dengan tepat kepada umum. Hampir 90% maklumat yang disampaikan melalui media massa adalah sahih dan boleh dipercayai. Oleh yang demikian, kebanyakan rakyat Malaysia kebanyakkannya bergantung sepenuhnya kepada media massa untuk mendapatkan berita terkini.

  Keberkesanan media massa juga dapat dilihat dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di media massa. Hal ini dapat diliihat melalui penyampaian berita, rancangan-rangcangan ilmiah dan forum yang kebanyakkannya disampaikan dengan menggunakan bahasa Melayu. Hal ini sekaligus membantu ke arah perpaduan kaum di negara ini.

  Selain itu, media massa juga merupakan agen perpaduan dan medium penting dalam mengekalkan keamanan negara. Bukitnya, penyiaran berita yang berkaitan dengan perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan dapat menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Mesej berunsurkan semangat keberanian dan kerjasama juga jelas berjaya disampaikan melalui program-program radio atau siaran rancangan televisyen.

(ii) Jelaskan ciri-ciri warga Malaysia yang mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi.

  Antara ciri warga Malaysia yang mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi adalah mempunyai semangat cintakan negara yang kental. Perasaan sayangkan negara diterjemahkan dengan mematuhi undang-undang negara. Malahan perasaan bangga menjadi warga Negara Malaysia melangkani semangat perkauman dan kenegerian.

  Selain itu, menghormati tokoh-tokoh negarawan yang banyak berjasa sebelum dan selepas kemederkaan perlu dipupuk sebagai tanda penghargaan kepada mereka. Jasa dan pengorbanan merenka perlu diingati dan dihargai serta dijadikan sumber inspirasi teutama kepada generasi muda.

  Seterusnya, setiap warga Malaysia mesti berpegang teguh dengan prinsip Rukun Negara yang menjadi panduan kepada semua warga. Nilai agama dan budaya perlu diamalkan demi memperkukuhkan jati diri sebagai rakyat Malaysia yang baik. Warga Malaysia seharusnya berani, bijak dan yakin dalam sebarang tindakan demi menjaga nama baik negara sama ada di dalam dan di luar negara.

  Di samping itu, mempunyai semangat juang untuk mempertahankan kedaulatan negara daripada ancaman penceroboh atau anasir asing. Ini penting untuk mengekalkan keharmonian dan kemakmuran negara.

  Warga Malaysia yang mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi akan mengutamakan perpaduan dan sanggup bekerjasama dengan pelbagai kaum untuk memastikan kesejahteraan dan keamanan negara. Warga Malaysia juga sewajarnya mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan sebagai melambangkan penyatuan bangsa.

  Seterusnya, warga Malaysia juga mesti menguasai pelbagai cabang ilmu pengetahuan seperi teknologi dan kemahiran ICT untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Akhir sekali warga Malaysia seharusnya mengutamakan pembelian barangan buatan Malaysia sebagai sumbangan dalam pembangunan ekonomi negara.

没有评论:

发表评论