2015年10月21日星期三

Soalan 4a: Menganalisis [10 markah]
(i) Buktikan Kejayaan pemimpin tempatan menentang British pada abad ke-19

Penghulu Dol Said
Penghulu Dol Said mengingkari arahan British supaya naning menghantar1/10 hasil sebagai ufti kepada Melaka.
Penghulu Dol Said Berjaya mengalahkan 150 orang tentera British pimpinan Kapten Wyllie

Dato'Maharaja Lela
Sultan Abdullah dan Dato'Maharaja Lela serta pembesar Perak telah melakukan bantahan terbuka terhadap campur tangan British di Perak. Dato'Maharajalela juga berjaya membina kubu di Pasir Salak. Selain itu, kejayaan lain yang lebih besar ialah berjaya membunuh residen British di Perak iaitu J.W.W.Birch.

Dato'Bahaman
Dato'Bahaman menyerang British kerana menangkap anak buahnya. Dato'Bahaman menyerang dan berjaya menawan semula Lubuk Terua. Beliau juga berjaya menguasai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai.

Tok Janggut
Kejayaan yang di capai oleh Tok Janggut ialah ketika menentang British di Pasir Puteh dan berjaya menawan daerah tersebut. Penawanan daerah Pasir Puteh berjaya membentuk sebuah kerajaan di mana Engku Besar Jeram telah di lantik sebagai Raja, Tok Janggut sebagai Perdana Menteri dan Che Ishak sebagai pegawai Daerah.

Haji Abdul Rahman Limbong
Haji Abdul Rahman Limbong mengetuai penduduk membersihkan tanah di Kuala Berang tanpa menghiraukan peraturan tanah British. Beliau juga bersama penduduk tempatan melancarkan penentangan bersenjata pada tahun 1928. Mereka telah menyerang dan berjaya menduduki bangunan kerajaan di Kuala Berang.

Rentap
Di Sarawak, Rentap telah menyerang tentera James Brooke di Kubu Nanga Skrang dan berjaya mengusir James Brooke dari kawasanya.

Mat Salleh
Akhir sekali ialah kejayaan pemimpin Mat Salleh di Sabah, yang melakukan mengejut terhadap Kubu SBUB di Pulau Gaya. Ini menyebabkan SBUB ter paksa menwarkan pelan damai kepada Mat Salleh dengan menyerahkan Tambunan kepadanya.

(ii) Jelaskan keberkesanan penentangan pemimpin tempatan terhadap British pada abad ke-19

  Keberkesanan penentangan pemimpin tempatan terhadap British pada abad ke-19 ilah kejayaan Dato Maharajalela menyatukan pembesar dan Dalam peristiwa ini, penduduk Melayu untuk sama-sama menentang British. Dalam peristiwa ini Sepuntum berjaya membunuh J.W.W.birch dan Kapten Innes menyebabkan British terpaksa meminta bantuan daripada tentera SHTI di Hong Kong dan India.

  Selain itu, Keberkesanan penentangan pemimpin tempatan juga dapat dilihat melalui kejayaan Dol Said dalam mengalahkan British semasa serangan ke atas Naning pada tahun 1831. Kebijaksanaan Dol Said mendapatkan bantuan tentera dari Yam Tuan Ali Rembau, Syed Shaban dan Penghulu Remai dapat mengalahkan tentera British seramai 150 orang.

  Di samping itu, perjuagan Tuan Haji Abdul Rahman Limbong juga memperlihatkan keberkesanan pada tahap awal. Beliau bersama rakyat Telemong telah beberapa kali mengingkari peraturan tanah yang ditetapkan oleh British. Beliau mengetuai penduduk kampong membuka tanah pada tahun 1922 dan 1925.

  Seterusnya, perjuangan Dato Bahaman juga memperlihatkan keberkesanannya kerana berjaya menyerang British dan menawan semula Lubuk Terua yang telah dikuasai oleh British. Dato Bahaman dan pengikut juga berjaya menguasai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai

(iii) Strategi perjuangan pemimpin tempatan menentang penjajahan British.

  Dol Said menggunakan taktik dengan cara mendapatkan bantuan ketenteraan daripada Yam Tuan Ali dari Rembau, Syed Shaban, Penghulu Remai dan Rechat, Dato, Kelana SUngai Ujung serta Penghulu Gemencheh telah berjaya mengalahkan 150 orang tentara British.

  Rentap menentang penaklukan James Brooke dengan menyerang Kapal Nemesis dekat Batang Lupar. Syarif Masahor telah menyerang kubu James Brooke di Kanowit. Seterusnya, menyerang James Brooke di Kuching bersama-sama dengan Datu Patinggi Abdul Gapur.

  Mat Salleh telah menggunakan strategi melalui perbincangan tetapi tidak dilayan oleh pihak SBUB. Mat Salleh dan pengikutnya telah melakukan serangan mengejut terhadap kubu SBUB di Pulau Gaya.

  Dato' Maharaja Lela membuat bantahan terbuka terhadap campur tangan British dan mengarahkan pengikutnya untuk membunuhJ.W.W.Birch di Sungai Perak, Pasir Salak.

  Dato'Bahaman menyerang dan menawan semula Lubuk Terua. Kemudian menyerang dan menguasai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai. Engku Besar Jeram, Tuan Ahmad, Penghulu Adam, Haji Said, Che Ishak dan rakyat tempatan menyerang Pasir Puteh dan berjaya mendudukinya.

  Haji ABdul Rahman Limbong mengetahui membersihkan tanah di Kuala Telemong dan tanah milij tengku Nik Maimunah ibn Sultan Zainal Abidin III.Haji Abdul Rahman Limbong menyerang bangunan kerajaan di Kuala Berang dan telah berjaya mendudukinya.

(iv) Tindak balas British terhadap kebangkitan pemimpin tempatan

  Tindakan British terhadap penentangan di Tanah Melayu ialah, di Naning British telah menghantar tenteranya untuk menakluki Naning pada tahun1831 tetapi dikalahkan oleh penghulu Dol Said. Pada akhir tahun 1832, seramai 1200 orang tentera telah dihantar oleh British sekali lagi menyerang Naning dan berjaya mengalahkan penghulu Dol Said.

  Seterusnya di Perak pula, pihak British dengan 500 orang tentera melancarkan serangan terhadap Pasir Salak dan kawasan yang terlibat. Mereka yang terlibat seperti Dato'Maharaja Lela, Dato'Sagor, Pandak Lam, Seputum dan Pandak Indut dihukum gantung. Manakala Sultan Ibrahim dibuang negari ke Johor dan Sultan Abdullah dan yang lain dibuang ke Pulau Seychelles.

  Di Kelantan pula, British telah menggunakan nama sultan Kelantan bagi membawa masuk pasukan tentera dari negari selat dengan kapal Perang H.M.S Cadmus yang mendarat di Tumpat dan memulakan serangan pada bulan Mei1915 di Saring. Tok Janggut terkorban dan mayatnya di arak di seluruh pekan Kota Bharu sebelum digantung di pasar dalam keadaan kepala ke bawah dan kaki ke atas sebagai amaran kepada penduduk tempatan yang menentang British.

  Tindakan British di Terengganu pula ialah pihak British menggunakan kuasa dan nama sultan Terengganu dan menghantar tiga orang pembesar untuk menawan semula Kuala Berang dan menangkap serta memburu sesiapa sahaja yang menghalang mereka. Selain itu, British juga mengarahkan seramai 25 orang polis menyerang Kuala Telemong dan berjaya mengorbankan seramai 11 orang penentang. Manakala Haji Abdul Rahman Limbong ditangkap dan dibuang ke Makkah.

  Bagi menghadapi tentangan di Sarawak, James Brooke telah bertindak membakar kampung Rentap dan menyerang sekali lagi apabila Rentap berundur ke Bukit Sadok.

  Di Sabah pula, Gabenor Beufort telah menyerang dan membakar kampung Mat Salleh apabila beliau membuat perundingan di Sandakan tentang kedudukannya. Tindak balas di atas serangan Mat Salleh terhadap kubu SBUB telah menamatkan penentangan terhadap British di Sabah.

Soalan 4b: Menganalisis [10 markah]
(i) Jelaskan keberkesanan peranan pertubuhan dan kesatuan dalam memupuk semangat nasionalisme di negara ini.

  Keberkesanan pertubuhan dalam memupuk semangat nasionalisme di negara ini dapat dilihat melalui penubuhan Kesatuan Melayu Singapura (KMS) oleh Mohammad Eunos Abdullah. Tujuan penubuhan KMS ialah menjaga kepentingan sosial ekonomi pendudu Melayu Singapura. Melalui desakannya, beliau memperoleh sebuah kawasan penempatan khas bagi orang melayu di Singapura.

  Selain itu, Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) di tubuhkan oleh S.M Zainal Abidin B.A. Persatuan ini ditubuhkan dengan tujuan menggalakkan ahli-ahlinya berkenal-kenal dan bertukar-tukar pendapat bagi memajukan diri sendiri dan bangsa serta menggalakkan perpaduan dan persaudaraan di kalangan orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu.

  Seterusnya, Persatuan Negeri-negeri yang ditubuhkan di Perak, Selangor, Pahangdan Negeri Sembilan. Persatuan-persatuan ini berjaya menggabungkan tenaga intelektual Melayu untuk membincangkan nasib orang melayu dalam soal ekonomi. Ini bertujuan untuk menggalakkan perpaduan orang melayu.

  Di sampingitu, di negari Sarawak pula, Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak yang telah ditubuhkan oleh Datu Patinggi Abang Haji Abdullah pada tahun 1939. Persatuan ini ditubuhkan untuk mengeratkan perpaduan Melayu. Selain itu untuk menggalakkan masyarakat memperolehi pendidikan untuk kemajuan bangsa. Malahan persatuan ini turut menjaga maruah bangsa dan menegakkan ajaran agama Islam.

  Salah satu lagi keberkesanan dapat dilihat melalui penubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada tahun 1939. Tokohnya ialah Ibrahim Haji Yaakob dan Mustapha Husein. KMMbertujuan menggalakkan perpaduan di kalangan pemuda melayu, meningkatkan tahap pendidikan orang melayu, bekerjasama dengan Jepun menghalau British,  menjadi propaganda Jepun dengan membeli Warta Malaya untuk dijadikan alat propaganda anti-British dan menyediakan kader-kader yang dikenali sebagai tentera semut untuk menentang British.

  Akhir sekali, Kongres Melayu 1939 dan 1940. Tujuan pertubuhan ini membincangkan kemunduran orang Melayu dalam pendidikan dan layanan pilih kasih British terhadap anak negeri, Resolusi kongres dengan menggambarkan perpaduan melayu untuk mengatasi permasalahan sosioekonomi dan politik mereka yang lemah dan akhir sekali orang melayu dapat mengatasi perasaan kenegerian yang memisahkan mereka selama ini.

(ii) Terangkan kesan gerakan nasionalisme sehingga membawa kepada penyatuan orang Melayu dalam persatuan.

  Kesan gerakan nasionalisme membawa kepada kesan positif dalam penyatuan orang Melayu. Persatuan Sahabat Pena (PASPAM) antara pertubuhan yang wujud hasil daripada gerakan nasionalisme. Ditubuhkan pada 1934 yang dipimpin oleh S.M Zainal Abidin. Penubuhannya bertujuan untuk menggalakkan ahlinya berkenal-kenal dan bertukar-tukar pendapat bagi memajukan diri dan bangsa. Hal ini secara tidak langsung telah menggalakkan perpaduan dan persaudaraan dikalangan orang Melayu di seluruh semenanjung Tanah Melayu

  Pertubuhan negeri juga telah ditubuhkan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu seperti di Perak (1937), Selangor (1938), Negeri Sembilan (1938) dan Pahang (1938). Objektif utama penubuhan persatuan negeri ini adalah untuk menggabungkan tenaga intelektual Melayu bagi membincangkan nasib orang Melayu dalam soal ekonomi pendidikan dan perkhidmatan kerajaan.

  Di samping itu, kesan dari gerakan nasionalisme juga telah mewujudkan sebuah persatuan separa politik yang dikenali sebagai Kesatuan Melayu Muda (KMM). Kesatuan ini dipimpin oleh Ibrahim Hj Yaakob. Objektifnya untuk menggalakkan perpaduan dikalangan pemuda Melayu di seluruh semenanjung dan meningkatkan tahap pendidikan orang Melayu.

  Manakala di Sarawak pula, Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (1939) telah ditubuhkan Persatuan ini dipimpin oleh Datu Patinggi Abang Haji Abdiilah. Tujuan penubuhannya adalah untuk mengeratkan perpaduan Melayu, menggalakkan pendidikan, manjaga budaya dan maruah bangsa serta menegakkan ajaran agama Islam.

  Di Sabah, walaupun kesedaran untuk berpersatuan tidak menonjol tetapi masih terdapat cawangan Persatuan Sahabat Pena yang bergiat di Jesselton (Kota Kinabalu), Labuan dan Tawau. Walaubagaimanapun, kegiatannya merip kepada kegiatan persatuasn di Semenanjung. Anggota-anggotanya terdiri daripada peniaga kecil, pegawai rendah kerajaan dan guru sekolah Melayu.

没有评论:

发表评论