2015年10月21日星期三

Soalan 7:Menjana Idea(10 markah) 7a.Cabaran dan langkah 7a(i)Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh negara dalam usaha memupuk semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat.(5markah) Cabaran yang dihadapi dalam usaha memupuk semangat nasionalisme adalah kesukaran mengukuhkan perpaduan di Malaysia kerana kepelbagaian kaum yang terdapat dalam negara.  
Selain itu pengaruh luar juga menyebabkan kurangnya semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat kerana mereka lebih tertarik dengan budaya luar berbanding budaya sendiri,
 
Perkembangan teknologi yang melalaikan juga menyebabkan kurangnya semangat nasionalisme teutama dalam kalangan remaja.Mereka lebih suka berhibur daripada membaca dan mencari maklumat berkaitan sejarah negara.  
Disamping itu kurang kerjasama pelbagai pihak berwajib dalam mengadakan program-program yang berunsur patriotisme menyebabkan semangat nasionalisme kurang dihayati.  
Akhir sekali wujudnya jurang perbezaan pendidikan seperti memilih sekolah mengikut kelompok kaum masing-masing.Ini menyebabkan sukar untuk menwujudkan semangat nasionalisme dalam diri pelajar.

7a(ii)Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas.(5markah) Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran dalam memupuk semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat adalah semua rakyat haruslah mengukuhkan perpaduan dengan menjayakan konsep 1Malaysia yang dapat menyatupadukan semua kaum dan menwujudkan perpaduan.  
Selain itu pihak yang berkenaan contohnya pihak media haruslah menapis pengaruh luar sebelum disiarkan.Rakyat juga haruslah bijak memilih maklumat yang disampaikan.  
Seterusnya ibu bapa haruslah memantau penggunaan teknologi supaya anak-anak hanya mengakses maklumat yang positif dan bermanfaat .Ini penting supaya anak-anak mempunyai ilmu pengetahuan tanpa mengenepikan nilai-nilai murni seperti berakhlak mulia dan bertanggungjawab.  
Kerajaan wajib meningkatkan kerjasama daripada pelbagai pihak untuk menganjurkan program-program berunsurkan nasionalisme.Contohnya,Syarahan kemerdekaan dan kuiz kenegaraan.
 
Akhir sekali menubuhkan sekolah wawasan boleh menaikkan semangat nasionalisme rakyat kerana pelajar boleh bergaul dan bekerjasama dalam satu sekolah walaupun berlainan kaum.

7b. Sebab dan kesan
7b(i) Jelaskan sebab-sebab semangat nasionalisme semakin luntur dalam kalangan generasi muda pada hari ini

Semangat nasionalisme semakin luntur dalam kalangan generasi muda hari ini adalah disebabkan generasi muda kini tidak mempunyai semangat cinta akan tanah air. Nereka juga tidak memahami maksud sebenar patriotisme. Selain itu, generasi muda juga mudah terpengaruh dengan anasir-anasir yang negatif dari media massa ataupun internet.

Generasi muda juga terlalu leka dengan lambakan hiburan yang menyeronokkan. Di saming itu, generasi muda turut terpengaruh dengan budaya asing yang kini semakin berleluasa di negara kita. Seterusnya, kurang didikan agama dan kesedaran sivik juga menyebabkan semangat nasionalisme semakin luntur dalam jiwa generasi muda.

Selain itu, sikap suka mementingkan diri sendiri juga antara sebabnya. Tidak dapat dinafikan bahawa semangat nasionalisme juga semakin luntur kerana generasi muda kini tidak memahami konsep Rukun Negara. Generasi muda juga kurang menghayati perjuangan tokoh-tokoh tempatan. Seterusnya, kurang ilmu pengetahuan turut menyebabkan kurangnya semangat nasionalisme dalam diri generasi muda kini.

7b(ii) Nyatakan kesan yang akan berlaku sekiranya sikap ini tidak dibendung.

Kesan yang akan berlaku sekiranya sikap ini tidak dibendung ialah generasi muda akan berpecah belah. Selain itu, keamanan dan keharmonian negara juga akan terancam. Seterusnya, lahirnya individu yang mementingkan diri sendiri.

Di samping itu, generasi muda juga akan hilang jati diri. Seterusnya, minda generasi muda akan mudah dijajah dan terpengaruh dengan anasir-anasir luar. Gejala sosial dalam kalangan generasi muda turut meningkat dan sukar dibendung.

Selain itu, perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia tidak akan wujud. Generasi muda juga tidak akan menghormati Rukun Negara. Seterusnya, pertahanan negara juga akan menjadi lemah. Wawasan2020 turut tidak akan tercapai.

4 条评论: