2015年10月21日星期三

Soalan 6: Menilai [10 Markah]
(i)Adakah anda bersetuju bahawa perjuangan pemimpin tempatan tidak berjaya. Berikan hujah anda.

   Saya tidak bersetuju dengan pernyataan ini walaupun dari segi perjuangan menentang penjajah itu gagal namun kesan yang ditinggalkan ekoran penentangan tersebut telah menaikkan semangat patriotisme yang sangat tinggi dalam kalangan penduduk Tanah Melayu. Contohnya perjuangan Dato' Maharajalela, Pandak Lam, Pandak Indut, Dato' Sagor dan Seputum sehingga titisan darah terakhir. Perjuangan mereka telah menunjukkan semangat setia negara yang mendalam kerana sanggup berkonban untuk bangsa dan tanahair tercinta. Akhirnya kemerdekaan mampu kita perolehi pada 31 Ogos 1957.

  Selain itu juga, sifat bekerjasama dan tolong menolong antara pemimpin dengan pengikut dalam menentang penjajahan British telah menyumbangkan ke arah kejayaan generasi hari ini. Contohnya kemenangan Dol Said menentang British pada 1831 mendapat bantuan ketenteraan dari Yam Tuan Ali, Syed Shaban, Penghulu Ramai dan Rechat, Dato Kelana Sungai Ujong serta Penghulu Gemenchah. Sifat inilah yang akhirnya menjadikan Malasia negara yang aman dan makmur walaupun terdiri daripada berbidang kaum, agama dan kedudayaan.

  Di samping itu, penentangan ini jelas memperlihatkan sikap tidak mudah putus asa. Buktinya perjuangan sehingga ke titisan darah yang terakhir yang ditunjukkan oleh pejuang tempatan seperti Tok Janggut, Mat Salleh dan Rentap sebenarnya telah mampu mengugat kedudukan British di Tanah Melayu. Sikap ini yang telah diaplikasi oleh generasi hari ini mampu melahirkan ramai atlet sukan yang bertaraf antarabangsa seperti Dato Lee Chong Wei, Pandalela Rinong, Dato Nicol David dan ramai lagi.

  Kesabaran perjuangan pemimpin tempatan yang lampau sebenarnya mencetuskan kebimbangan pihak penjajah yang akhirnya mengakui kehebatan para pemimpin dan kemudian akur untuk membebaskan Tanah Melayu daripada belenggu penjajahan. Kesabaran ini juga yang diamalkan oleh generasi hari ini yang akhirnya menjadikan negara Malaysia sebuah negara industri yang akhirnya mampu menghasilkan kereta nasional yang boleh dipasarkan di luar negara.

  Seterusnya, keberanian perjuangan tokoh tempatan telah memberi inspirasi dan mampu melahirkan ramai pemimpin negara yang mampu bersuara dan mengeluarkan pendapat dalam arena perbincangan antarabangsa seperti Persidangan PBB. Buktinya keberanian Perdana Menteri kita dalam membela nasib mangsa yang terlibat dengan kemalangan kapal terbang MH17 yang ditembak jatuh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Perdana Menteri lantang untuk membawa mereka yang bersalah ke muka pengadilan.

(ii) Pada pendapat anda, apakah peranan yang patut dimainkan oleh penulis akhbar bagi mengekalkan politik yang stabil di Malaysia pada hari ini?

  Pada pendapat saya, peranan yang patut dimainkan oleh penulis akhbar bagi mengekalkan politik yang stabil di Malaysia pada hari ini ialah hanya menyiarkan berita yang benar atau sahih sahaja. Ini penting supaya rakyat memahami perkembangan semasa politik tanah air yang sebenar.

  Seterusnya, penulis akhbar perlu kerap memaparkan isu yang menggalakkan kerjasama dalam masyarakat. Contohnya, menulis berita mengenai aktiviti gotong-royong dan aktiviti Rukun Tetangga yang melibatkan pelbagai kaum di negara ini.

  Di samping itu, penulis akhbar juga perlu menyediakan ruangan khas untuk memberi kesedaran tentang kepentingan perpaduan kaum. Hal ini bertujuan untuk memupuk perpaduan kaum yag menjadi nadi kestabilan politik sehingga hari ini. Contohnya, gambar sukan yang memupuk perasaan muhibbah antara pelbagai kaum.

  Selain itu, penulis akhbar tidak seharusnya menimbulkan isu-isu sensitif yang boleh menyemarak api perkauman. Sebaliknya penulis boleh membantu mengekalkan politik yang stabil melalui bahasa. Contohnya, memartabatkan Bahasa Melayu sebagai perhubungan utama di negara Malaysia. Ini kerana Bahasa Melayu merupakan bahsa kebangsaan dan alat penyatuan antara kaum seperti yang termaktub dalam perlembagaan 152.

  Akhir sekali ialah penulis akhbar perlu berusaha untuk miningkatkan persaan cinta akan bangsa dan negara terutama dalam kalangan generasi muda. Contohnya menyediakan ruangan Sejarah untuk mengetahui tentang peristiwa penting negara seperti kemerdekaan dan perjuangan pemimpin tempatan. Ini penting agar rakyat tidak melupakan sejarah perjuangan negara demi mengekalkan politik yang stabil di Malaysia pada hari ini.

(iii) Sekiranya anda adalah seorang penulis akhbar, majalah atau novel pada hari ini, apakah tema penulis yang akan anda pilih untuk menaikkan semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat?

  Sekiranya saya adalah seorang penulis akhbar, majalah atau novel pada hari ini, tema penulisan yang akan saya pilih untuk menaikkan semangat nasionalisme kalangan rakyat ialah tema Perpaduan. Ini kerana Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang terdiri daripada rakyat pelbagai kaum tetapi mampu hidup dengan aman dan makmur. Sebagai contoh, tema perpaduan yang ditonkolkan melalui pengamalan Rumah Terbuka oleh kaum-kaum yang menyambut peryaan masing-masing pada setiap tahun dan diraikan secara bersama dengan rasa gembira. Hal ini pasti akan berjaya menaikkan dan menyuburkan semangat nasionalisme kalangan rakyat

  Seterusnya ialah tema Malaysia Boleh merupakan slogan yang diilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir bin Mahammad. Slogan ini merupakan ciptaan terlung yang berjaya mengikis persepsi orang luar bahawa Malaysia adalah negara kampung. Pada asalnya, slogan ini dicipta untuk menyuntik semangat atlet Malaysia dalam arena sukan tetapi slogan ini akhirnya telah berkembang dan berjaya melakukan trasformasi besar dalam aspek politik, ekonomi dan sosial sehingga dikagumi oleh negara luar. Contohnya, kejayaan dua orang pendaki negara iaitu Mohandas dan Magendran yang berjaya samapi ke puncak Gunung Everest kerana semangat Malaysia Boleh! Semangat ini tentunya akan terus menaikkan semangat nasionalisme kalangan rakyat.

  Selain itu, tema Keistimewaan Malaysia. Dalam tema ini, saya akan memaparkan keistimewaan Malaysia yang mempunyai kepelbagaian etnik dan budaya etnik terutama di Sabah dan Sarawak. Ini kerana, Sabah dan Sarawak mempunyai lebih 32 etnik yang terdiri daripada pelbagai budaya, makanan dan adat tradisi. Hal ini pasti menimbulkan semangat kebanggaan kalangan rakyat Malaysia kerana mempunyai keunikan yang tersendiri.

  Seterusnya ialah tema Kejayaan Rakyat Malaysia. Semua kejayaan yang pernah dicipta oleh rakyat Malaysia akan dikumpulkan dalam 'Malaysia Boof of Record' untuk dijadikan inspirasi oleh generasi pada hari ini. Contohnya, kejayaan Datuk Sheikh Muzaffar sebagai angkasawan pertama negara dan Datuk Nicol David sebagai pemain nombor satu dunia dalam sukan Skuasy. Melalui penulisan ini, pastinya akan menyuntik semangat generasi muda untuk terus melakar kejayaan dan seterusnya menaikkan semangat nasionalisme kalangan rakyat.

  Akhir sekali ialah tema Patriotik. Tema ini mengangkat perjuangan tokoh-tokoh yang sering dilupakan setiap kali sambutan ulangtahun kemerdekaan negara. Contohnya, perjuangan Tok Janggut di Kelantan, Rosli Dhobi di Sarawak dan Mat Salleh di Sabah. Melalui tema ini adalah diharapkan generasi pada hari ini akan sentiasa merasa bersyukur kerana hidup dalam suasana aman damai dan berusaha untuk menjaga keamanan negara. Untuk itu, semangat nasionalisme harus subur sentiasa dan mekar mewangi setiap masa demi kedaulatan negara tercinta.

没有评论:

发表评论