2015年10月21日星期三

Soalan 3: Memahami [30markah]
Soalan 3a: Peristiwa Kebangkitan Pemimpin Tempatan menentang Pentadbiran British

1.0 Tanah Melayu
1.1 Penghulu Dol Said di Naning.

  Penjajah Inggeris telah berjaya menduduki Melaka selepas Perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824. Pihak British telah mendakwa bahawa Naning merupakan sebahagian daripada wilayah Melaka. Oleh itu, British menganggap Naning berada dibawah kekuasaan mereka.Oleh itu, Naning terpaksa membayar cukai ke Melaa iaitu 1/10 daripada hasil yang terdapat di Naning. Selain itu, British juga telah mengarahkan supaya semua kesalahan-kesalahan jenayah yang berlaku di Naning diselesaikan di Melaka kerana British menyalahkan tindakan Dol Said yang menyelesaikan kesalahan jenayah di Naning pada tahun 1828.

  Faktor penentangan di oleh Penghulu DOl Said berlaku apabila beliau menolak dakwaan British yang mengatakan Naning berada di bawah wilayah British. Beliau juga telah menolak tindakan British yang meletakkan Naning didalam wilayah mereka dengan tidak membayar ufti 1/10 yang dituntut British kepada Melaka.

  Peristiwa penentangan diNanig berlaku apabila tindakan Penghulu DOl Said yang menolak untuk membayar ufti kepada Melaka telah menyebabkan British menghantar tentera ke Naning untuk menawan Naning pada tahun 1931. Penghulu Dol Said telah berjaya menewaskan serangan British yang membawa seramai150 tentera British yang dipimpin oleh Kapten Wylie dalam usaha mereka menawan Taboh.

  Kejayaan Penghulu DOl Said menewaskan tentera British ini kerana Naning telah mendapat bantuan daripada Yamtuan ALi, Syed Shaba, Penghulu Remai dan Rchat, Dato Kelana Sungai Ujong serta Penghulu Gemencheh. Pada Jun 1832, British sekali lagi telah menghantar seramai 1200 orang tentera untuk menawan Naning. British telah berjaya menewaskan Penghulu Dol Said kerana Naning telah menghadapi serangan ini sendirian dengan tidak dibantu oleh sesiapa. Kekalahan Naning kepada British telah menyebabkan Penghulu Dol Said terpaksa menyerah diri kepada British pada Febuari 1833. Oleh itu

1.2 Tok Janggut di Kelantan

  Faktor penentangan menentang British di Kelantan oleh Tok Janggut berlaku apabila British memperkenalkan Sistem Penasihat British di Kelantan. Selan itu, pihak British telah memaksa penduduk tempatan untuk menrima pakai sistem cukai yang diperkenalkan oleh mereka.

  Peristiwa penentangan Tok Janggut di Kelantan bermula apabila beliau telah membantah sistem cukai yang telah diperkenalkan oleh British. Beliau enggan untuk membayar cukai sebagai tanda bantahan kepada sistem cukai yang diperkenalkan oleh British namun tindakan beliau tersebut tidak dilayan oleh Pegawai Daerah Pasir Puteh. Sebaliknya British telah mengarahkan pihak polis untuk menangkap Tok Janggut tetapi gagal. Pada tahun1915, Tok Janggut bersama-sama dengan Engku Besar Jeram, Tuan Ahmad, Penghulu Adam, Haji Said, Che Ishak serta rakyat tempatan telah membuat pakatan untuk menyerang Pasir Puteh. Mereka telah berjaya menawan daerah Pasir Puteh seterusnya membentuk sebuah kerajaan baru di Pasir Puteh. Kerajaan baru itu diketuai oleh Engku Besar Jeram sebagai raja, Tok Janggut sebagai Perdana Menteri dan Che Ishak sebagai Pegawai Daerah.

  Bagi menawam semuyla Pasir Puteh, British telah menggunakan nama sultan bagi menentang Tok Janggut. Oleh itu, British telah membawa masuk pasukan tentera daripada NEgeri-Negeri Selat dengan kapal perang H.M.SCadmus yang telah mendarat di Tumpat Kelantan. British telah memulakan serangan mereka pada Mei1915 di Saring. Serangan British yang tersusun dan penggunaan senjata yang moden telah berjaya melumpuhkan perjuangan Tok Janggut dan pengikutnya. Selain itu, Tok Janggut juga telah terkorban semasa serangan yang  dilakakukan oleh British. Mayat beliau telah diarak ke seluruh pecan Kota Bharu sebelum digantung di pasar dengan kepala di bawah sebagai amaran kepada masyarakat tempatan supaya jangan berani menentang British.

1.3 Dato Maharajalela di Perak

  Penentangan di Perak dipimpin oleh Dato Maharajalela dengan dibantu oleh semua pembesar dan sultan. Sebab-sebab penentangan ialah residen J.W.W.Brrch memungkiri fungsinya sebagai penasihat seperti yang terkandung dalam Perjanjian pangkor 1874. Para pembesar menolak system cukai yang menghapuskan hak mereka. Para pembesar menolak pengguasaan Britishterhadap kawasan mereka Sebab yang ketiga para pembesar menolak campur tangan British dalam adat resam dan hal ehwal tempatan. Contoh larangan menggunakan hamba. J.W.W. Birch tidak menghormati sistem sosial tempatan dan tidak pandai berbahasa Melayu.

  Peristiwa penentangan bermula apabila Dato Maharaja Lela bermesyuarat dengan pembesar dan sultan. Durian Sebatang untuk menentang undang-undang British pada 21 Julai 1875. Dato Maharaja Lela, Dato Sagor, Pandak Anduk, Seputum telah membunuh J.W.W.Birch pada 2 Nov 1875 di SUngai Perak, Pasir Salak. Pihak British dengan 500 orang tentera melancarkana serangan terhadap Pasir Salak. Dato Maharaja lela dan Dato Sagor melarikan diri ke Kota Lama. Pada 20 November 1877 Dato Maharaja lela, Dato Sagor dan Pandak Lam, Seputum dan Pandak Indut dijatuhkan hukuman gantung. Sultan Abdullah, Menteri Ngah Ibrahim, Syahbandar dan laksamana telah dibung negeri ke Pulau Seychelles.

1.4 Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu

  Haji Abdul Rahman Limbong mengetuai penduduk kampong membersihkan tanah di Kuala Telemong tanpa menghiraukan peraturan tanah British. Pada Mei 1925, kira-kira 300 -enduduk kampong telah berkumpul dan membuka tanah milik Tengku Nik Maimunah ibn Sultan Zainal Abidin III. Tindakan ini telah membimbangkan pihak British. Namun dengan jasa baik Tengku Nik Maimunah, mereka dapat di suraikan. Kemuncak kemarahan rakyat ialah pada Mei1928, iaitu dengan melakukan serangan bersenjata terhadap bangunan kerajaan di Kuala Berang. Mereka telah berjaya menwan bangunan kerajaan tersebut.

  Manakala satu kumpulan lagi berkumpul di Kuala Twlwmong bersiap sedia menunggu arahan untuk menentang British. Dengan mengguakan kuasa dan nama sultan, British menghantar tiga pembesar untuk menawan semula Kuala Berang serta menangkap dan memburu sesiapa sahaja yang menghalangnya. Ini memudahkan British menghadapi penentangan rakyat kerana orang Melayu tidak akan menderhaka kepada sultan. Sepasukan polis seramai 25 orang telah menyerang KUala Telemong dan berjaya menumpaskan kebangkitan penduduk tempatan dengan membunuh sebelas orang. Haji Abdul Rahman Limbong telah diserang oleh 50 orang polis yang dibawa dari Singapura. Haji Abdul Rahman Limbong berjaya di tahan dan telah dibuang negeri ke Makkah

1.5 Dato Bahaman di Pahang 

  Pada tahun 1888, Dato' Bahaman dan pembesar-pembesar Pahang yang lain bangkit menentang Residen British pertama diPahang, iaitu J.P.ROdgers. Dato' Bahaman menentang perlaksanaan undang-undang British yang bertentangan dengan adat resam dan sistem politik tempatan seperti sistem kehakiman, pungutan hasil tanah, sistem cukai, dan penubuhan pasukan polis luar.

  Ini kerana undang-undang tersebut telah menghakis kuasa Dato Bahaman sebagai Orang Kaya Setia Perkasa Pahlawan Semantan. Dato Bahaman dan rakan-rakannya seperti Tok Gajah dan Iman Rasul telah bersatu menentang British selama lima tahun.

  Siri penentangan Dato Bahaman ialah pada 1890 iaitu menentang pembinaan Balai Polis Lubuk Terua, Pada 1891-menyerang British kerana menangkap anak buahnya, pada 1892-menyerang dan menawan semula Lubuk Terua, 1894-Menyerang dan menguasai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai. Dan akhir sekali pada 1895-Akibat tekanan British, Dato'Bahaman berundur ke Kelantan

  Dato Bahaman dan rakan-rakan mendapat pelindungan daripada penduduk dan pembesar Terengganu dan Kelantan Dato'Bahaman kemudiannya menetap di Hulu Kelantan. Manakala Tok Gajah dan keluarganya menetap di Hulu Terengganu. Pada tahun 1896, Dato Bahaman berpindah ke Bangkok dan diberikan perlindungan politik oleh Raja Chulalongkorn. Beliau telah menetap di Cheing Mai dan diberikan wang sara hidup sebanyak 1000 baht. Dato'Bahaman kemudiannya meninggal di sana.

1.6 YamTuan Antah di Negeri Sembilan

  Penentangan oleh pembesar tempatan terhadap penguasaan British telah dilakukan oleh Yam Tuan Antah Sri Menanti dan Dato'Syahbandar Sungai Ujiong, iaitu Abdullah Tunggal. Kedua-duanya telah menentang kemasukan British di Sungai Ujong. Malah Dato'Syahbandar juga menentang Dato'Kelana Sungai Ujong, iaitu Syed Abdul Rahman yang mempelawa British untuk campur tangan dalam pertikaian mereka.

  Kedua-dua pemimpin tempatan ini, berebut kawasan sempadan untuk mengenakan cukai kepada pedagang bijih timah dari Negeri-Negeri Selat. Dengan kerjasama British, Dato'Kelana Syed Abdul Rahman berjaya mengalahkan Dato'Syahbandar Abdullah Tunggal untuk menguasai Sungai Ujong. Dato'Syahbandar Abdullah Tunggal terpaksa berundur ke Selangor. Bagaimanapun, beliau kembali semula ke Sungai Ujong dan menandatangani perjanjian dengan British pada 10 November1874. Dato'Syahbandar bersetuju melatakkan jawatan dan berhijrah ke Singapura. Dengan tu, Dato'Kelana Syed Abdul Rahman dapat menguasai seluruh Sungai Ujong tetapi tertakluk di bawah penguasaan British.

2.0 Sarawak
2.1 Rentap

  Rentap pemimpin Iban menentang James Brooke pada tahun 1853 kerana bertindak menghapuskan orang Iban di Sungai Skrang yang dianggap sebagai lanun. Beliau telah menyerang pasukan James Brooke di kubu Nanga Skrang bagi menghalang kezaliman James Brooke di daerah tersebut

  Rentap dan pengikutnya berjaya mengusir James Brooke tetapi tentera James Brooke telah bertindak balas dengan membakar kampung mereka. Rentap dan pengikutnya berundur ke Bukit Sadok, namun sekali lagi mereka diserang oleh James Brooke. Tentera James Brooke berjaya mengalahkan Rentap pada tahun 1861. Rentap terpaksa berundur ke Ulu Sungai Entabai dan serangannya semakin lemah.

2.2 Linggir

  Linggir iaitu pemimpin Iban di Saribas menentang penaklukan James Brooke pada tahun 1849 dengan menyerang kapal Nemesis dekat Batang lupar. Serangan ini merupakan tindak balas terhadap langkah James Brooke dan kapten Farquhar menghalang pelayaran mereka di Sungai Saribas. Bagaimanapun, Linggir dan pengikutnya tewas dalam pertempuran tersebut.

2.3 Syarif Masahor

  Penentangan orang Melayu di bawah pimpinan Syarif Masahor dan Datuk Patinggi Abdul Gapur berlaku kerana mereka menolak penguasaan James Brooke di wilayah mereka, iaitu di Sungai Rajang pada tahun 1857. Hal ini disebabkan mereka kehilangan kuasa memungut cukai dan pengaruh terhadap penduduk tempatan. Pada tahun 1858, James Brooke telah membina sebuah kubu di Kanowit. Syarif Masahr telah menyerang kubu tersebut. Beliau dan Datuk Patinggi Abdul Gapur kemudian menyerang James Brooke di Kuching. Bagaimanapun, tentangan mereka gagal. Syarif Masahor melarikan diri ke Brunei tetapi beliau telah diserahkan oleh Sultan Brunei kepada British di Singapura. Datuk Pantinggi Abdul Gapur melarikan diri ke Betawi tetapi beliau berjaya ditahan oleh Belanda dan diserahkan kepada James Brooke.

3.0 Sabah
3.1 Malleh

  Di Sabah, terdapat beberapa penentangan oleh pemimpin tempatan terhadap Syarikat Borneo Utara British (SBUB). Bagaimanapun, penentangan terbesar telah dilakukan oleh Mat Salleh. Beliau ialah pemerintah daerah Tambunan dan Sungai Sugut. Namun, pihak SBUB tidak menghiraukan kedudukan Mat Salleh. Bukan sahaja mereka menduduki kawasan pengarh Mat Salleh, malah mereka turut melaksanakan sistem cukai kepala dan surat perahu. Pegawai-pegawai syarikat itu uga bersikap kasar kepada penduduk tempatan.

  Mat Salleh telah keSandakan berbincang dengan SBUB pada tahun 1895, tetapi tidak dilayan. Sebaliknya, gabenor Beaufort telah menyerang dan membakar kampungnya. Mat Salleh terpaksa melarikan diri. Pada tahun 1897, beliau dan para pengikutnya telah melakukan serangan mengejut terhadap kubu SBUB di Pulau Gaya. Ekoran itu, SBUB telah menawarkan pelan damai pada Mat Salleh, iaitu menyerahkan Tambunan kepadanya. Namun, SBUB mungkir janji dan hal ini menyebabkan Mat Salleh,iaitu menyerang kubu SBUB. Serangan ini dibalas oleh pasukan tentera SBUB dengan menyerang kubu Mat Salleh. Beliau akhirnya tewas dan meninggal dunia pada 31 Januari 1900.

没有评论:

发表评论