2015年10月21日星期三

Soalan 8: Iktibar / nilai / patriotisme [5 Markah]

Iktibar/Nilai/Unsur Patriotisme yang diperoleh berdasarkan tajuk yang dikaji.

  Antara iktibar yang diperoleh ialah kita hendaklah sentiasa menunjukkan kecintaan kepada negara untuk mengekalkan kedaulatan negara. Selain itu, kita haruslah bekerjasama dalam mencapai matlamat negara. Kita juga perlu berganding bahu untuk membangunkan negara supaya negara kita setanding dengan negara-nengara maju. Seterusnya, kita mestilah berani dan tabah menghadapi cabaran. Di samping itu, kita haruslah setia kepada pemimpin dan berhati-hati dengan orang asing supaya negara kita tidak lagi dijajah semula.

  Antara nilai yang kita perlu amalkan ialah sentiasa menunjukkan semangat kekitaan dan kesamarataan dalam apa jua tindakan yang dilakukan. Selain itu, kita perlu menunjukkan kerjasama dan hidup saling hormat-menghormati di antara pelbagai kaum di Malaysia. Kita juga perlu menunjukkan nilai menghargai dan menghormati agama kaum lain. Kita juga sentiasa saling memahami dan bertoleransi dalam apa jua perkara yang dilakukan.

  Sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai unsur patroitik, kita perlu bersifat terbuka dengan menyokong perubahan dari semasa ke semasa untuk kearah kebaikan. Selain itu, perpaduan harus diamalkan sepanjang masa supaya keamanan negara dapat dikekalkan. Sebagai rakyat juga, kita perlu berbangga dengan kejayaan dan keunikan negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya. Akhir sekali kita juga wajar menunjukkan penghormatan terhadap kepimpinan negara dan sentiasa bersyukur dengan kemerdekaan Malaysia yang sudah.

没有评论:

发表评论